Pages

Subscribe:

Labels

8/5/12

RAYA SALE!

TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA KEDATANGAN SYAWAL INI


JIMAT SEHINGGA 10% DARI 4 OGOS - 21 OGOS 2012
Cepat JOIN dan menjadi sebahagian daripada keluarga Team kami!



RM 2070
 RM 1880 sahaja!


 

Takut Jadi Kaya??


Inilah perkara yang paling kelakar pernah saya jumpa. Ada satu ketika saya present projek ni pada seorang kawan rapat. Mungkin dia dah tak ada alasan lain nak bagi untuk reject saya punya offer bisnes ni. Takut saya kecik hati kalau dia tak join, dia bagi alasan tak munasabah, 'takut jadi kaya?'

Ada ke dalam dunia ni orang yang takut jadi kaya? Setahu saya, semua orang sangat mengimpikan kekayaan tak kisahlah dari segi harta ataupun perkara lain. Allah telah menetapkan rezeki seseorang itu berbeza-beza. Ada yang kaya harta tapi miskin iman (contohnya,orang kafir), ada pula yang kaya iman tetapi miskin harta. Namun bergitu mereka boleh mengubah ketetapan itu dengan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Allah akan mencintai hambaNya selagi mana hambaNya itu memohon dengan berdoa dan merayu padaNya. Lagi banyak dia merayu, lagi banyak doanya akan diterima Allah.

Alasan lain yang sahabat itu beri katanya: 'aku takut la nanti kalau kaya sangat jadi lupa diri'. Hmm...
Tapi apa yang saya perhatikan, sekarang ni pun walaupun gaji cukup-cukup makan je memang dia dah lupa diri. Kejap beli baju baru, kasut baru, dan macam-macam lagi duit dia dibazirkan pada tempat yang tak sepatutnya. Tapi duit nak bagi kat mak ayah boleh pulak die bajet-bajet. Bukan nak kecik kan hati sesiapa, maafkan saya. Tapi hakikat bila kita di tanamkan dengan konsep 'comfort zone' iaitu hidup 'terjamin dengan makan gaji' memang membuatkan kita jadi lupa diri. 

Hakikatnya, hanya dengan bisnes yang akan mendidik kita, belajar erti menghargai 'kekayaan' sementara yang Allah beri. Kerana dalam bisnes tak semua perkara indah. Akan ada pasang dan surutnya. Bagi yang memahami kesan, akibat, jatuh dan bangun sesuatu bisnes itu, kebiasaannya tempoh 1-2 tahun adalah tempoh percubaan. Di mana kita akan diuji dengan pelbagai perkara dan kita akan belajar dari pengalaman itu untuk mara ke langkah yang seterusnya iaitu dunia sebenar perniagaan. 

Begitu juga dengan QNET. Walaupun kita telah merancang sebaik mungkin plan dan strategi yang dirasakan terbaik, kita kena sentiasa bersedia kerana masih ada halangan lain yang akan ditempuhi sebelum mencapai kejayaan yang diimpikan itu. Selepas berjaya nanti pun masih ada halangan lain yang akan datang untuk menguji ketahanan mental dan fizikal kita mempertahankan kejayaan itu. Dan semua itu bukanlah perkara yang mudah jika tiada pengalaman di peringkat percubaan. Tetapi jika peringkat percubaan itu kita dah boleh harungi dan berjaya, maka untuk ke langkah seterusnya adalah mudah sebab kita dah tahu apa yang perlu dilakukan untuk melalui halangan tersebut.

Istilah 'takut jadi kaya' perlu diubah kepada 'takut jadi zalim'. Kenapa? Sebahagian daripada kita Allah dah kurniakan kebolehan tertentu. Contohnya, jika anda adalah seorang yang berkebolehan membuat duit, buat lah bisnes apa pun pasti menjadi tapi anda tak mahu buat kerana takut lupa diri?. Sebenarnya anda adalah orang yang zalim. SEBAB? Sebab Allah kurniakan bakat itu supaya kita boleh gunakannya untuk beribadat seperti bersedekah, membantu orang yang susah, berkongsi kejayaan dengan orang dengan berkongsi ilmu menjadi berjaya dan untuk berjuang di jalan Allah. Sebab itu setiap apa yang Allah kurniakan pada kita ada hikmahnya. Jangan terlalu berfikiran sempit.

Zaman sekarang ni kita dah tak boleh nak 'bersyukur saja dengan apa yang ada'. SEBAB? Lihat saja apa jadi pada ekonomi negara. Supplier makanan, pakaian, keperluan hidup kita semuanya di rajai oleh orang kafir. Nak tengok orang Melayu yang buat, baru kena reject sikit je dah tutup kedai. Kesannya, makanan kita dicemari dengan benda-benda haram yang kita tak tahu. Walaupun ada cop halal, kadang-kadang tauke kafir ni pandai je nak kelentong. Mangsanya adalah kita dan anak-anak kita. Bila segalanya dah bercampur benda haram, iman dan akidah kita pun mudah goyah. Inilah penyebab kenapa banyak masalah sosial dan keruntuhan iman di kalangan anak-anak muda zaman sekarang. Itu yang ramai orang tak sedar.

Begitu juga sekiranya anda telah ditawarkan peluang bisnes walaupun anda tak pandai bisnes, tawaran bisnes itu membolehkan anda menyebarkan keuntungan secara sama rata untuk orang lain yang bersama-sama anda disamping membantunya keluar daripada kelompok kemiskinan. Menilai peluang itu dengan mengangapnya sebagai suatu tanggungjawab membantu orang lain juga adalah lebih baik dan itu membuatkan anda menjadi seorang yang bijak. Dibandingkan jika anda bekerja makan gaji dan bergaji besar, tetapi kenikmatan itu dinikmati oleh anda seorang sahaja. Mana lebih zalim? Sudahlah begitu, nak bayar zakat pun bekira. Macamana nak bantu bangunkan bangsa dan negara jika ada yang bersikap sebegini?


“Dalam perniagaan kita sebenarnya tidak perlu bersaing tetapi saling bekerjasama untuk membentuk rangkaian atau jaringan perniagaan yang kuat dan bermanfaat bagi semua orang. Dalam menjalankan perniagaan, Nabi Muhammad tidak melaksanakan amalan yang merugikan orang lain mahupun mengabaikan orang lain. Ini kerana visi Baginda bukanlah menjadi nombor satu dalam segala hal, melainkan menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang bermanfaat kepada orang lain”

-petikan daripada buku ‘Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah’ tulisan Kelana Muslim
 
" Duit tidak membuat anda jadi kaya. Apa yang membuat anda jadi kaya adalah apa yang anda tahu dan siapa yang anda kenal "-Robert Kiyosaki

Panjang pula entry kali ini. Maafkan saya jika telah menyinggung perasaan sesiapa yang membaca entry ini. Saya hanya berkongsi satu penilaian peribadi yang logik untuk difikirkan oleh anda semua yang saya anggap lebih bijak dan lebih berpengalaman daripada saya. Maaf dipohon.

Yang baik itu dari Allah,dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri
Wallahualam.


7/28/12

HEBAT!

TAWARAN HEBAT UNTUK BULAN RAMADHAN SAHAJA
SEMPENA PELANCARAN WEBSITE INI

KUNCI KEDUDUKAN ANDA SEKARANG SEBELUM RAKAN ANDA MENDAHULUI ANDA.
HANYA REGISTER RM 30 SAHAJA!

Bagaimana?
Anda JOIN dengan RM30 untuk cop tempat dahulu. Tetapi anda tak boleh dapat income lagi.
Selepas JOIN, anda boleh mula share dengan 2 orang rakan anda dan ajak sampai diorang JOIN. Apabila sudah dapat 2 orang JOIN jadi partner anda dengan bayaran RM30, barulah anda upgrade dengan membayar baki RM2040  RM1850 untuk PRODUK dan seterusnya melayakkan anda mendapat UNLIMITED INCOME! 

Memang BEST! Kalau macamni sesiapa pun boleh JOIN sebab dah ada jaminan 2 orang partner!
Jadi cepat-cepat cop tempat anda SEKARANG!


7/27/12

Cari Kerja VS Buat Kerja


Dua matlamat yang sama (nak dapat duit), tetapi menggunakan cara yang berbeza. Mungkin ada di kalangan kita di luar sana terutamanya adik-adik yang baru lepas SPM atau saudara/saudari yang baru lepas Grad yang tak tahu lagi hala tuju mereka selepas ini samada nak CARI KERJA atau BUAT KERJA (Bisnes). 

Memang tidak dinafikan, risiko BUAT BISNES adalah sangat tinggi jika dibandingkan CARI KERJA-makan gaji, dimana income adalah terjamin, hujung bulan tunggu dapat gaji. Itulah persepsi kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sendiri terhadap konsep 'kerja untuk duit'. Kebanyakan mereka lebih selesa makan gaji kerana rasa kehidupan mereka sudah terjamin. Tetapi pernahkah anda terfikir konsep 'terjamin' yang anda banggakan itu sebenarnya telah membuatkan hidup anda cukup-cukup makan sahaja? Seperti gamabar di bawah ini..


Dan sekiranya ada antara mereka yang bergaji besar dan boleh menikmati kehidupan mewah, tetapi mesti ada sesuatu yang terpaksa dikorbankan iaitu masa. Setiap minggu outstation, tak pun kene pergi kursus. Keluar pukul 6 pagi balik pukul 10 malam..Agaknya sampai bila nak hidup dan keja untuk duit tu ya? 

Sebenarnya, dengan dunia yang serba moden dan canggih ni pelbagai peluang bisnes boleh dilakukan di mana anda bukan bekerja untuk duit tetapi duit yang akan bekerja untuk anda. Semuanya terpulang pada diri masing-masing samada untuk rebut peluang yang sudah ada depan mata atau nak lepaskan begitu saja.

Bagi yang memahami teori dalam bisnes; kerja keras pada peringkat awal, dan bersara selepas bisnes itu boleh beri anda pasif income tanpa perlu bekerja lagi. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan mereka yang bergelar jutawan, pengasas sesuatu produk berjenama dan sebagainya. Tetapi semua mereka ini  bermula dengan usaha keras, jatuh dan bangun tanpa kenal erti putus asa, ada juga yang sampai jadi bankrup tetapi selepas itu terus bangkit dan dapat apa  yang mereka impikan, Pasif income! Untuk mereka yang bijak mengatur strategi, mereka hanya perlu bekerja keras selama 10 tahun dan selepas itu mereka boleh pencen dan menjadi jutawan. Tapi mana yang kerja makan gaji, kerja sampai 30-40 tahun pun lepas pencen kena kerja lagi sebab duit simpanan memang tak cukup! Nak pergi haji, umrah je dah puluh ribu. Lepas pencen nak hidup lebih kurang 20 tahun lagi. Kos dan taraf hidup pula tiap hari meningkat. Nak tak nak terpaksa lah bekerja lagi. Anak-anak pun tak mampu sara sebab mereka pun gaji cukup-cukup makan saja! Jika inilah yang rakyat Malaysia banggakan sangat, lama-lama jadi orang miskin di tanah air sendiri je.

Saya bukan nak menyindir sesiapa tapi saya nak menyatakan realiti yang sebenarnya berlaku sekarang ini. Semakin ramai yang berharap untuk kerja makan gaji, semakin susah taraf ekonomi negara nak stabil. Seeloknya selagi ada kudrat dan kekuatan, buatlah bisnes, sebab Nabi pun dah pesan rezeki itu 9/10 datangnya adalah daripada bisnes.

Sebelum mengakhiri topik ni, mungkin ada yang tertanya-tanya 'macamana nak mulakan bisnes?. Satu benda pasal bisnes pun saya tak tahu?'
Jadi saranan saya, baca buku karangan 
ROBERT KIYOSAKI - "Retire Young, Retire Rich"
kerana dengan baca buku inilah saya berjaya buka minda saya untuk lakukan apa yang saya mahukan untuk masa depan saya- Financial Freedom!
Hanya bisnes boleh beri saya Financial Freedom. Tetapi untuk bertindak bijak, perlu pilih BISNES yang TEPAT, MASA yang TEPAT dan STRATEGI yang TEPAT.

Jadi jangan berlengah lagi, SERTAI GempakTeam QNET ini dan anda akan bersama-sama kami berada dalam pilihan yang TEPAT untuk Financial Freedom!

7/26/12

SALE! SALE! MURAH! MURAH!

TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA RAMADHAN INI


JIMAT SEHINGGA 10% DARI 4 OGOS - 21 OGOS 2012
Cepat JOIN dan menjadi sebahagian daripada keluarga GempakTeam



RM 2070
 RM 1880 sahaja!


 

Doa Harian 1

Kelebihan ayat 128, 129 surah at-Taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :


1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan

2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

Walaupun kita sibuk menjana wang setiap hari, INGATLAH ALLAH yang membuka pintu rezeki kita. Amalkan doa-doa yang dapat membantu apa yang dirancang itu menjadi kenyataan. Wallahualam.

Selamat Beribadah di Bulan Mulia ini. Salam Ramadhan Mubarak 2012.