Pages

Subscribe:

Labels

7/20/12

PRODUK: Harga VS Nilai


Kebiasaannya saya akan berjumpa dengan prospek dan akan bercerita tentang produk saya terutamanya BioDisc. Kebanyakan mereka sangat teruja dengan kelebihan produk tersebut dan tawaran bisnes yang sangat bagus tetapi kebanyakan mereka mula berfikir apabila saya memberitahu harga yang patut mereka bayar.
"PRICE IS WHAT YOU PAY. VALUE IS WHAT YOU GET" - Warren Buffett

Ramai orang keliru dengan maksud 'Harga' dan 'Nilai'.
Harga >  nilai sesuatu barang dengan (kiraan) wang.
-harga adalah satu konsep matematik yang sangat mudah. Harga boleh ditulis di atas tag atau di dalam katalog.
Nilai > taksiran harga, darjat, kualiti, mutu, taraf.
-Nilai bermaksud pembeli akan mendapat manfaat sebanyak mana mereka memberikan harga.

HARGA + NILAI = KOS

Kos akhir adalah nilai sebenar sesuatu barang. Setiap pembelian adalah melibatkan pengiraan nilai. Prospek selalunya akan mengukur risiko daripada pembelian dengan potensi ganjaran yang akan mereka perolehi. Lebih besar risiko (lebih tinggi harga), lebih banyak usaha yang akan mereka letakkan dalam membuat keputusan pembelian. Justeru, persepsi nilai adalah berhubung kait dengan berapa banyak yang prospek tahu tentang produk yang mereka rancang untuk beli.

Ini adalah sebab sebahagian syarikat, tradisional atau moden, bekerja keras untuk meletakkan nilai dan kualiti terbaik pada produk mereka. Saya amat pasti ramai pembeli kereta amat popular dengan situasi ini. Harga sebuah kereta Mercedes Benz,mempunyai ciri Sedan, 4 pintu, adalah jauh lebih mahal harganya berbanding harga kereta tempatan yang mempunyai ciri yang sama. Dan saya pasti anda sebagai pelanggan tahu mengapa harga kereta tersebut sangat mahal. Semuanya bermula dengan nilai. Nilai yang tingg memberikan kualiti dan kepuasan yang tinggi.

Begitu juga dengan QNET. Kerana kualiti dan pulangan yang pelanggannya akan peroleh amat tinggi, QNET berani meletakkan harga yang tinggi untuk produk mereka dan melayakkan seseorang bergelar IR. Sebagai IR pula, anda perlu tahu nilai dan kualiti usaha yang anda perlu letakkan untuk mencapai Financial Freedom.

Semua produk Amezcua contohnya Bio Disc 2, adalah satu produk kesihatan yang anda beli sekali sahaja tetapi boleh bertahan sehingga 15 tahun. Ia juga memiliki banyak manfaat lain yang sememangnya dapat membuatkan sesiapa pun rasa teruja dan ingin memiliki produk ini.

Jamtangan dan perhiasan daripada koleksi Bernhard H. Mayer adalah koleksi mewah TERHAD dalam dunia. Dengan memiliki barangan daripada koleksi ini bermaksud anda adalah yang terpilih daripada jutaan untuk memiliki koleksi jamtangan dan perhiasan yang berkualiti tinggi. Harga barangan daripada koleksi ini akan meningkat selaras dengan permintaan dan nilai pasaran dunia. Dalam erti kata lain, selepas beberapa tahun nilai barangan ini adalah lebih tinggi berbanding harga belian anda. Seperti emas, nilainya meningkat berdasarkan nilai matawang dunia, begitu juga dengan jamtangan dan perhiasan daripada koleksi ini. Anda boleh menjual jamtangan tersebut dengan harga berganda-ganda daripada harga anda beli dahulu. Sangat-sangat menguntungkan. Inilah yang dikatakan pelaburan masa hadapan.

Keahlian dalan QVI Club meliputi pakej Bronze, Silver, Gold, Platinum dan Diamond boleh bertahan sehingga 5 ke 30 tahun bergantung kepada pakej mana yang anda ambil. Ini bermaksud untuk 5 ke 30 tahun akan datang anda boleh melancong dengan keluarga anda ke tempat percutian idaman anda dengan harga pada hari ini. Anda hanya perlu pilih pakej percutian idaman anda dan bayar yuran paling minimum untuknya. Itu sahaja!
Jika nak dibandingkan 5 ke 30 tahun akan datang, nilai matawang dunia sudah semestinya berubah dengan mendadak sekali. Seperti yang sedia maklum menjelang Wawasan 2020 Malaysia terutamanya akan menjadi sebuah negara maju setanding dengan kuasa besar dunia yang lain seperti US, UK dan sebagainya. Sudah semestinya kos hidup pada waktu itu juga sangat tinggi dan saya yakin, untuk sesiapapun melancong keluar negara paling minimun bajet yang diperlukan adalah sekitar RM 10 ribu..Ini tidak mustahil kerana ada statistik menyatakan menjelang Wawasan 2020 gaji minimum untuk hidup sederhana bagi rakyat Malaysia adalah RM 10 ribu dan ke atas. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang akan terjadi 5 tahun lagi. Jika gaji semasa anda adalah 3 tau 4 ribu, memang tak cukup untuk menampung kehidupan anda 5 tahun akan datang. Ambillah langkah bijak dan bertindak untuk selamatkan keluarga anda sekarang!


Sedikit lagi perkongsian untuk pembaca blog ini, QNET adalah satu-satunya Direct Selling Company yang membayar komisyen yang sangat tinggi sekitar USD 6,800 ke USD 20,100 dalam SEMINGGU kepada IR yang aktif mempromosikan peluang bisnes mereka. Dan ini juga adalah satu-satunya bisnes yang boleh diwaris turun terumurun dari anak, cucu dan cicit anda tanpa perlu buat semula bisnes dari awal. Memang sangat GEMPAK! Inilah pilihan bisnes yang sangat HEBAT dalam DUNIA. Memang tiada yang setandingnya.

Nilai itu adalah sesuatu perkara yang relatif. Lain orang, lain kehendaknya. QNET telah pun menyediakan pelbagai pilihan produk daripada katalognya untuk memenuhi kehendak dan permintaan yang berbeza daripada pelanggannya. Tetapi adalah satu kerugian kerana ramai meletakkan harga sebagai keutamaan dan akhrinya melepaskan peluang keemasan yang boleh memberi manfaat yang tak ternilai harganya untuk diri dan keluarganya  lantas kehidupan mereka ini hanyalah umpama katak di dalam gelas kaca yang hanya melihat perubahan orang lain tetapi tidak mahu merubah nasib diri sendiri. Adakah anda juga begitu?

Fikirlah untuk kebaikan masa depan anda. Jika anda tidak sanggup untuk berkorban sekarang, nak tunggu bila lagi? Tunggu lagi 2 tahun? atau 3 tahun? dan dalam perkiraan secara logik lagi 2 atau 3 tahun sudah tentulah harga produk kami juga akan meningkat. Mana lebih untung? Beli sekarang atau beli 2 atau 3 tahun lagi..?

Ada pepatah dalam buku tulisan Robert Kiyosaki menyatakan;
 

"START YOUR FUTURE TODAY BY CREATING A PLAN TO THE FUTURE"

Maksudnya: Mulakan masa depan anda hari ini dengan merangka plan untuk masa hadapan anda.Tak perlu tunggu lagi. Singup segera!