Inilah perkara yang paling kelakar pernah saya jumpa. Ada satu ketika saya present projek ni pada seorang kawan rapat. Mungkin dia dah tak ada alasan lain nak bagi untuk reject saya punya offer bisnes ni. Takut saya kecik hati kalau dia tak join, dia bagi alasan tak munasabah, 'takut jadi kaya?'
Ada ke dalam dunia ni orang yang takut jadi kaya? Setahu saya, semua orang sangat mengimpikan kekayaan tak kisahlah dari segi harta ataupun perkara lain. Allah telah menetapkan rezeki seseorang itu berbeza-beza. Ada yang kaya harta tapi miskin iman (contohnya,orang kafir), ada pula yang kaya iman tetapi miskin harta. Namun bergitu mereka boleh mengubah ketetapan itu dengan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Allah akan mencintai hambaNya selagi mana hambaNya itu memohon dengan berdoa dan merayu padaNya. Lagi banyak dia merayu, lagi banyak doanya akan diterima Allah.
Alasan lain yang sahabat itu beri katanya: 'aku takut la nanti kalau kaya sangat jadi lupa diri'. Hmm...
Tapi apa yang saya perhatikan, sekarang ni pun walaupun gaji cukup-cukup makan je memang dia dah lupa diri. Kejap beli baju baru, kasut baru, dan macam-macam lagi duit dia dibazirkan pada tempat yang tak sepatutnya. Tapi duit nak bagi kat mak ayah boleh pulak die bajet-bajet. Bukan nak kecik kan hati sesiapa, maafkan saya. Tapi hakikat bila kita di tanamkan dengan konsep 'comfort zone' iaitu hidup 'terjamin dengan makan gaji' memang membuatkan kita jadi lupa diri.
Hakikatnya, hanya dengan bisnes yang akan mendidik kita, belajar erti menghargai 'kekayaan' sementara yang Allah beri. Kerana dalam bisnes tak semua perkara indah. Akan ada pasang dan surutnya. Bagi yang memahami kesan, akibat, jatuh dan bangun sesuatu bisnes itu, kebiasaannya tempoh 1-2 tahun adalah tempoh percubaan. Di mana kita akan diuji dengan pelbagai perkara dan kita akan belajar dari pengalaman itu untuk mara ke langkah yang seterusnya iaitu dunia sebenar perniagaan.
Begitu juga dengan QNET. Walaupun kita telah merancang sebaik mungkin plan dan strategi yang dirasakan terbaik, kita kena sentiasa bersedia kerana masih ada halangan lain yang akan ditempuhi sebelum mencapai kejayaan yang diimpikan itu. Selepas berjaya nanti pun masih ada halangan lain yang akan datang untuk menguji ketahanan mental dan fizikal kita mempertahankan kejayaan itu. Dan semua itu bukanlah perkara yang mudah jika tiada pengalaman di peringkat percubaan. Tetapi jika peringkat percubaan itu kita dah boleh harungi dan berjaya, maka untuk ke langkah seterusnya adalah mudah sebab kita dah tahu apa yang perlu dilakukan untuk melalui halangan tersebut.
Istilah 'takut jadi kaya' perlu diubah kepada 'takut jadi zalim'. Kenapa? Sebahagian daripada kita Allah dah kurniakan kebolehan tertentu. Contohnya, jika anda adalah seorang yang berkebolehan membuat duit, buat lah bisnes apa pun pasti menjadi tapi anda tak mahu buat kerana takut lupa diri?. Sebenarnya anda adalah orang yang zalim. SEBAB? Sebab Allah kurniakan bakat itu supaya kita boleh gunakannya untuk beribadat seperti bersedekah, membantu orang yang susah, berkongsi kejayaan dengan orang dengan berkongsi ilmu menjadi berjaya dan untuk berjuang di jalan Allah. Sebab itu setiap apa yang Allah kurniakan pada kita ada hikmahnya. Jangan terlalu berfikiran sempit.
Zaman sekarang ni kita dah tak boleh nak 'bersyukur saja dengan apa yang ada'. SEBAB? Lihat saja apa jadi pada ekonomi negara. Supplier makanan, pakaian, keperluan hidup kita semuanya di rajai oleh orang kafir. Nak tengok orang Melayu yang buat, baru kena reject sikit je dah tutup kedai. Kesannya, makanan kita dicemari dengan benda-benda haram yang kita tak tahu. Walaupun ada cop halal, kadang-kadang tauke kafir ni pandai je nak kelentong. Mangsanya adalah kita dan anak-anak kita. Bila segalanya dah bercampur benda haram, iman dan akidah kita pun mudah goyah. Inilah penyebab kenapa banyak masalah sosial dan keruntuhan iman di kalangan anak-anak muda zaman sekarang. Itu yang ramai orang tak sedar.
Begitu juga sekiranya anda telah ditawarkan peluang bisnes walaupun anda tak pandai bisnes, tawaran bisnes itu membolehkan anda menyebarkan keuntungan secara sama rata untuk orang lain yang bersama-sama anda disamping membantunya keluar daripada kelompok kemiskinan. Menilai peluang itu dengan mengangapnya sebagai suatu tanggungjawab membantu orang lain juga adalah lebih baik dan itu membuatkan anda menjadi seorang yang bijak. Dibandingkan jika anda bekerja makan gaji dan bergaji besar, tetapi kenikmatan itu dinikmati oleh anda seorang sahaja. Mana lebih zalim? Sudahlah begitu, nak bayar zakat pun bekira. Macamana nak bantu bangunkan bangsa dan negara jika ada yang bersikap sebegini?
Panjang pula entry kali ini. Maafkan saya jika telah menyinggung perasaan sesiapa yang membaca entry ini. Saya hanya berkongsi satu penilaian peribadi yang logik untuk difikirkan oleh anda semua yang saya anggap lebih bijak dan lebih berpengalaman daripada saya. Maaf dipohon.
Yang baik itu dari Allah,dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri
Wallahualam.

“Dalam perniagaan kita sebenarnya tidak perlu bersaing tetapi
saling bekerjasama untuk membentuk rangkaian atau jaringan perniagaan yang kuat
dan bermanfaat bagi semua orang. Dalam menjalankan perniagaan, Nabi Muhammad
tidak melaksanakan amalan yang merugikan orang lain mahupun mengabaikan orang
lain. Ini kerana visi Baginda bukanlah menjadi nombor satu dalam segala hal,
melainkan menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang bermanfaat kepada
orang lain”
-petikan
daripada buku ‘Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah’ tulisan Kelana
Muslim
" Duit tidak membuat anda jadi kaya. Apa yang membuat anda jadi kaya adalah apa yang anda tahu dan siapa yang anda kenal "-Robert Kiyosaki