Dua matlamat yang sama (nak dapat duit), tetapi menggunakan cara yang berbeza. Mungkin ada di kalangan kita di luar sana terutamanya adik-adik yang baru lepas SPM atau saudara/saudari yang baru lepas Grad yang tak tahu lagi hala tuju mereka selepas ini samada nak CARI KERJA atau BUAT KERJA (Bisnes).
Memang tidak dinafikan, risiko BUAT BISNES adalah sangat tinggi jika dibandingkan CARI KERJA-makan gaji, dimana income adalah terjamin, hujung bulan tunggu dapat gaji. Itulah persepsi kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sendiri terhadap konsep 'kerja untuk duit'. Kebanyakan mereka lebih selesa makan gaji kerana rasa kehidupan mereka sudah terjamin. Tetapi pernahkah anda terfikir konsep 'terjamin' yang anda banggakan itu sebenarnya telah membuatkan hidup anda cukup-cukup makan sahaja? Seperti gamabar di bawah ini..
Dan sekiranya ada antara mereka yang bergaji besar dan boleh menikmati kehidupan mewah, tetapi mesti ada sesuatu yang terpaksa dikorbankan iaitu masa. Setiap minggu outstation, tak pun kene pergi kursus. Keluar pukul 6 pagi balik pukul 10 malam..Agaknya sampai bila nak hidup dan keja untuk duit tu ya?
Sebenarnya, dengan dunia yang serba moden dan canggih ni pelbagai peluang bisnes boleh dilakukan di mana anda bukan bekerja untuk duit tetapi duit yang akan bekerja untuk anda. Semuanya terpulang pada diri masing-masing samada untuk rebut peluang yang sudah ada depan mata atau nak lepaskan begitu saja.
Bagi yang memahami teori dalam bisnes; kerja keras pada peringkat awal, dan bersara selepas bisnes itu boleh beri anda pasif income tanpa perlu bekerja lagi. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan mereka yang bergelar jutawan, pengasas sesuatu produk berjenama dan sebagainya. Tetapi semua mereka ini bermula dengan usaha keras, jatuh dan bangun tanpa kenal erti putus asa, ada juga yang sampai jadi bankrup tetapi selepas itu terus bangkit dan dapat apa yang mereka impikan, Pasif income! Untuk mereka yang bijak mengatur strategi, mereka hanya perlu bekerja keras selama 10 tahun dan selepas itu mereka boleh pencen dan menjadi jutawan. Tapi mana yang kerja makan gaji, kerja sampai 30-40 tahun pun lepas pencen kena kerja lagi sebab duit simpanan memang tak cukup! Nak pergi haji, umrah je dah puluh ribu. Lepas pencen nak hidup lebih kurang 20 tahun lagi. Kos dan taraf hidup pula tiap hari meningkat. Nak tak nak terpaksa lah bekerja lagi. Anak-anak pun tak mampu sara sebab mereka pun gaji cukup-cukup makan saja! Jika inilah yang rakyat Malaysia banggakan sangat, lama-lama jadi orang miskin di tanah air sendiri je.
Saya bukan nak menyindir sesiapa tapi saya nak menyatakan realiti yang sebenarnya berlaku sekarang ini. Semakin ramai yang berharap untuk kerja makan gaji, semakin susah taraf ekonomi negara nak stabil. Seeloknya selagi ada kudrat dan kekuatan, buatlah bisnes, sebab Nabi pun dah pesan rezeki itu 9/10 datangnya adalah daripada bisnes.
Sebelum mengakhiri topik ni, mungkin ada yang tertanya-tanya 'macamana nak mulakan bisnes?. Satu benda pasal bisnes pun saya tak tahu?'
Jadi saranan saya, baca buku karangan
ROBERT KIYOSAKI - "Retire Young, Retire Rich"
kerana dengan baca buku inilah saya berjaya buka minda saya untuk lakukan apa yang saya mahukan untuk masa depan saya- Financial Freedom!
Hanya bisnes boleh beri saya Financial Freedom. Tetapi untuk bertindak bijak, perlu pilih BISNES yang TEPAT, MASA yang TEPAT dan STRATEGI yang TEPAT.
Jadi jangan berlengah lagi, SERTAI GempakTeam QNET ini dan anda akan bersama-sama kami berada dalam pilihan yang TEPAT untuk Financial Freedom!




